SISTEM PELINCIRAN DALAN ENJIN KENDERAAN

Jumaat, 6 Ogos 2010

SISTEM PELINCIRAN





FUNGSI :-

  1. Membekalkan minyak pelincir kepada semua bahagian yang bergerak dalam enjin.
  2. Bertujuan untuk mengurangkan geseran dan kehausan pada setiap komponen atau bahagian tersebut.
  3. Menghindarkan kepanasan akibat daripada pergeseran komponen-komponen yang bergerak dalam enjin.
  4. Minyak enjin (pelincir) memberi satu lapisan nipis untuk memisahkan bahagian-bahagian yang bergerak dalam enjin.



Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..

UNJURAN ORTOGRAFIK

Khamis, 5 Ogos 2010

Pandangan ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untak memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Tujuan unjuran lukisan ini untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi. Terdapat dua jenis lukisan ortografik, iaitu pandangan unjuran sudut pertama dan pandangan unjuran sudut ketiga.

Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu dari sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh mengambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar.



Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..

SISTEM PENYEJUKAN ENJIN

Sistem penyejukan berfungsi untuk menyejukkan enjin agar dapat beroperasi pada suhu yang sesuai. Hal yang demikian kerana, enjin yang terlalu panas akan mengalami kerosakan manakala enjin terlalu sejuk pula tidak berupaya menghasilkan kuasa optimum.

Sistem penyejukan enjin terbahagi kepada dua, iaitu sistem penyejukan udara dan 
sistem penyejukan air.
Sistem Penyejukan Udara

 
Selalu digunakan pada enjin satu silinder sahaja, contohnya motosikal. Berfungsi dengan membebaskan haba melalui sirip penyejuk, sirip penyejuk menyerap haba pada enjin hasil daripada pembakaran bahan api dan membebaskannya ke udara. semakin lebar luas permukaan sirip, semakin cepat proses penyejukan berlaku.


Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..

PENGIKAT DAN PENCANTUM

Rabu, 4 Ogos 2010


JENIS DAN KEGUNAAN PENGIKAT DAN PENCANTUM

  • # Untuk menyambung dan memasang beberapa bahagian enjin
  • # Jika bahagian enjin rosak atau tidak berfungsi dengan baik, ia dapat ditanggalkan bagi tujuan menservis atau penggantian.
  • # Pengikat dan pencantum dibuat daripada keluli lembut.
 JENIS-JENIS PENGIKAT
  •  BOL-kepala segi empat, kepala segi enam (heksagon)
  • NAT-nat segi empat, nat heksagon, nat telinga, nat kota
  • SKRU TUDUNG-kepala bulat, kepala rata, kepala flister, kepala bujur, kepala heksagon
  • STAD
  • SESENDAL-rata dan anjal

Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..

Pengenalan Kepada Sistem Nyalaan Enjin

Sabtu, 31 Julai 2010

Fungsi sistem penyalaan ialah untuk menghasilkan percikan bunga api untuk pembakaran bahan api petrol. Tenaga daripada pembakaran minyak petrol akan seterusnya menggerakkan omboh dan menghasilkan kuasa bagi enjin. Sistem penyalaan hanya terdapat pada enjin petrol sahaja kerana pada enjin diesel, minyak diesel dibakar dengan menggunakan mampatan udara bertekanan tinggi yang turut menaikkan suhu sehingga minyak diesel terbakar. Komponen-komponen yang terdapat dalam sistem penyalaan ialah :-




Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..