SISTEM ENJIN EMPAT LEJANG

Selasa, 27 Julai 2010


Hari ini, jenis enjin pembakaran dalaman yang paling lazim digunakan pada kenderaan seperti kereta, bas, lori dan mosikal adalah jenis enjin empat lejang samada enjin petrol ataupun diesel. Enjin empat lejang mendapat namanya daripada empat proses(lejang) yang masing-masing mempunyai tugas khas iaitu masukan, mampatan, perolehan kuasa dan ekzos.

1. Lejang Masukan
    Semasa berlaku lejang masukan, injap masukan akan terbuka manakala injap ekzos akan tertutup. Omboh akan bergerak keatas dan aci engkol bergerak setengah pusingan.

    2. Lejang mampatan
    Semasa lejang mampatan, omboh bergerak semula dari titik takat atas manakala injap masukan dan injap ekzos tertutup serta ruang silinder tertutup. Campuran udara dan bahan api dimampatkan menghasilkan tekanan dan suhu yang tinggi dlam silinder. Aci engkol telah berpusing sebanyak satu pusingan.
     
    3.  Lejang kuasa
    Omboh masih berada ti takat titik atas, satu percikkan bunga api dihasilkan oleh palam pencucuh. Percikkan bunga api tersebut menghasilkan pembakaran dalam silinder. Campuran yang terbakar ini mengeluarkan haba dan tekanan yang tinggi, situasi ini menyebabakan omboh tertolak dari takat titik atas ke takat titik bawah. Ketika proses ini, kedua-dua injap tertutup dan aci engkol telah berpusing satu setengah pusingan.


    4.  Lejang ekzos
    Semasa berlaku lejang ekzos, injap ekzos terbuka untuk pengeluaran hasil pembakaran dalam enjin. Hasil pembakaran akan keluar melalui liang ekzos. Omboh digerakkan semula dari titik takat bawah ke titik takat atas. Aci engkol telah berpusing sebanyak 2 pusingan untuk melengkapkan kitaran 4 lejang.


    Keempat-empat proses ini akan sentiasa bergerak selagi enjin dihidupkan, proses empat lejang ini dapat ditunjukkan dengan lebih mendalam melalui video ini :-



    Share/Save/Bookmark 3.

    0 ulasan: