UNJURAN ORTOGRAFIK

Khamis, 5 Ogos 2010

Pandangan ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untak memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Tujuan unjuran lukisan ini untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi. Terdapat dua jenis lukisan ortografik, iaitu pandangan unjuran sudut pertama dan pandangan unjuran sudut ketiga.

Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu dari sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh mengambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar.



Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..

SISTEM PENYEJUKAN ENJIN

Sistem penyejukan berfungsi untuk menyejukkan enjin agar dapat beroperasi pada suhu yang sesuai. Hal yang demikian kerana, enjin yang terlalu panas akan mengalami kerosakan manakala enjin terlalu sejuk pula tidak berupaya menghasilkan kuasa optimum.

Sistem penyejukan enjin terbahagi kepada dua, iaitu sistem penyejukan udara dan 
sistem penyejukan air.
Sistem Penyejukan Udara

 
Selalu digunakan pada enjin satu silinder sahaja, contohnya motosikal. Berfungsi dengan membebaskan haba melalui sirip penyejuk, sirip penyejuk menyerap haba pada enjin hasil daripada pembakaran bahan api dan membebaskannya ke udara. semakin lebar luas permukaan sirip, semakin cepat proses penyejukan berlaku.


Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..