MIG (Metal Innert Gas Welding) ataupun dikenali sebagai Kimpalan logam Gas Lengai, dalam proses ini elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam induk untuk membentuk kopak kimpal. Oleh yang demikian, eletrod mestilah dibekalkan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan elektrod yang berterusan, elektrod diperbuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan keluar dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melaui muncung kimpal seperti yang dilakukan dalam kimpalan TIG, proses ini boleh dilakukan secara automatik atau separauh automatik. walau bagaimanapun, alat kelengkapan MIG adalah lebih rumit kerana prosesnya memerlukan huluran slektrod yang berterusan dan seragam.
MIG digunakan dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran tinggi, contohnya dalam kilang pembuatan.
3. Baca seterusnya..