MESIN KIMPALAN MIG

Isnin, 9 Ogos 2010

 


MIG (Metal Innert Gas Welding) ataupun dikenali sebagai Kimpalan logam Gas Lengai, dalam proses ini elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam induk untuk membentuk kopak kimpal. Oleh yang demikian, eletrod mestilah dibekalkan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan elektrod yang berterusan, elektrod diperbuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan keluar dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melaui muncung kimpal seperti yang dilakukan dalam kimpalan TIG, proses ini boleh dilakukan secara automatik atau separauh automatik. walau bagaimanapun, alat kelengkapan MIG adalah lebih rumit kerana prosesnya memerlukan huluran slektrod yang berterusan dan seragam.
MIG digunakan dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran tinggi, contohnya dalam kilang pembuatan.




KOMPONEN MIG


  • Bekalan kuasa
Pada kebiasaannya, mesin untuk kimpalan MIG ialah penjana motor atau penerus jenis bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus sehingga 25 ampere. Secara automatiknya voltan akan berubah-ubah mengikut jarak celahan diantara hujung dawai elektrod dengan kerja, manakala arus pula berubah secara songsang ketika kerja dilakukan.
  • Penembak kimpalan
 Penembak bekalan biasanya digunakan untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas pelindung. Kaedah mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak ialah secara tarik atau tolak.
  • Gas pelindung
Untuk MIG, gas karbon dioksida digunakan. Gas karbon digunakan untuk mengimpal MIG keluli karbon.
  • Dawai elektrod 
 Sangat penting dan mestilah dari logam yang mempunyai kerencaman yang sama dengan bahan kerja yang dikimpal.







Kelebihan kimpalan MIG :
  • Proses boleh di automasikan (digabungkan dengan robot)
  • Proses lebih cepat
  • Hasil kimpalan bermutu tinggi
  • Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa melakukan pengimpalan
  • Kimpalan bolah dibuat pada semua kedudukan
  • Boleh mengimpal semua jenis logam utama
 *sumber daripada http://kimpalanteraswaja.blogspot.com

Share/Save/Bookmark 3.

5 ulasan:

mataterang berkata...

Sangat bermanfaat.
Terima kasuh.

Unknown berkata...

Terima kasih,info yang berguna bagi saya baru baru nak berjinak-jinak dengan dunia Kimpalan.

Unknown berkata...

Saya baru beli. Barang sampai petang tadi. Baru mau coba

AZAHARUL HISHAM berkata...

Info yg sangat bermenafaat bg orang yg buta ilmu pasal kimpalan spt saya sekarang saya baru nak jenguk ilmu kimpalan . Semenjak PKP ni macam2 ilmu asas kemahiran hidup saya nak belajar. Terima kasih tuan.

AZAHARUL HISHAM berkata...

Beli dimana , jenis apa dan berapa harga nya tuan?