PENGENALAN INJAP
- Injap dalam enjin terbahagi kepada dua iaitu masukan dan injap keluaran.
- Injap masukan berperanan mengawal kemasukan campuran udara-bahan api ke dalam ruang pembakaran enjin.
- Injap keluaran pula berperanan mengawal keluaran sisa-sisa pembakaran (gas ekzos)
- Pergerakan kedua-dua jenis injap ini dikendalikan oleh rangkaian injap atau sistem injap yang dipandu oleh aci sesondol.
RANGKAIAN INJAP
PEMERIKSAAN DAN PELARASAN RUANG KELEGAN INJAP
Kenapa perlu dilaksanakan
- Ruang kelegaan injap perlu sentiasa berada pada jarak yang tertentu mengikut jenis-jenis enjin.
- Sekiranya jarak kelegaan terlalu besar, akan menghasilkan bunyi bising pada enjin terutamanya pada suhu sejuk.
- Jika jarak kelegaan terlalu kecil pula, akan mengurangkan kemampatan campuran udara-bahan api dan seterusnya mengurangkan kecekapan enjin.
- Jarak kelegaan bagi injap masukan yang sepatutnya ialah 0.2 mm
- Bagi injap keluaran pula, jarak kelegaan yang sepatutnya ialah pada 0.25 mm.
CARA MEMERIKSA DAN MELARASKAN RUANG KELEGAAN INJAP
- Hidupkan enjin dan biarkan suhu enjin mencapai sehingga kira-kira 80 darjah.
- Tanggalkan kesemua palam pencucuh dari kepala enjin.
- Tanggalkan rocker cover dari kepala enjin.
- Putarkan aci engkol sehingga 2 daripada 4 piston berada pada kedudukan TTA dalam ruang pembakaran enjin.
- Kenal pasti injap-injap yang berada dalam keadaan tertutup dengan menggerakkan lengan jumpelang.
- Periksa jarak kelegaan injap dengan menggunakan tolok perasa dan laraskan sehingga jarak kelegaan yang sepatutnya dicapai.
- Sekiranya jarak kelegaan perlu dilaraskan semula, longgarkan nat pengunci pada lengan jupelang menggunakan spanar gelang dan laraskan ruang kelegaan menggunakan tolok perasa sambil memutarkan pemutar skru.
- Setelah jarak kelegaan yang sepatutnya diperolehi, ketatkan semula nat pengunci tanpa melepaskan pemutar skru.
- Putarkan aci engkol 360 darjah untuk membolehkan 2 piston yang lain pula berada pada kedudukan TTA.
- Ulangi langkah 6, 7, dan 8.
- Pasang semula rocker cover dan palam pencucuh.
3.
0 ulasan:
Catat Ulasan