SISTEM PELINCIRAN DALAN ENJIN KENDERAAN

Jumaat, 6 Ogos 2010

SISTEM PELINCIRAN





FUNGSI :-

  1. Membekalkan minyak pelincir kepada semua bahagian yang bergerak dalam enjin.
  2. Bertujuan untuk mengurangkan geseran dan kehausan pada setiap komponen atau bahagian tersebut.
  3. Menghindarkan kepanasan akibat daripada pergeseran komponen-komponen yang bergerak dalam enjin.
  4. Minyak enjin (pelincir) memberi satu lapisan nipis untuk memisahkan bahagian-bahagian yang bergerak dalam enjin.





KOMPONEN-KOMPONEN YANG BERGERAK DALAM ENJIN



  1. Omboh (piston)
  2. Aci engkol (crankshaft)
  3. Aci sesondol
  4. Rod penyambung (connection rod)
JENIS SISTEM PELINCIRAN

  • Sistem Simbahan - digunakan dalam enjin kereta lama dan enjin empat lejang bagi mesin-mesin kecil seperti mesin rumput.
  • Jenis Suap Bertekan - sistem pelinciran yang bertekanan atau suapan bertekanan (digerakkan oleh pam)
 KOMPONEN DALAM SISTEM PELINCIRAN



  • Takung Minyak pelincir - ruang untuk menempatkan minyak pelincir.
  • Pam Minyak Pelincir - mengepam minyak pelincir dari takung minyak pelincir untuk disalurkan ke komponen-komponen enjin.
  • Penapis Minyak Pelincir - menapis kotoran terutamanya zarah-zarah logam.
  • Salur Minyak Pelincir - menyalurkan minyak pelincir ke semua komponen-komponen enjin yang bergerak.
EDARAN MINYAK PELINCIR


  1. Pam akan mengepam minyak pelincir yang berada dalam takung minyak.
  2. Minyak pelincir ditapis melalui penapis minyak.
  3. Minyak pelincir dihantar ke aci engkol.
  4. Pelincir akan melalui lubang yang terdapat pada aci engkol untuk sampai ke rod penghubung serta pada permukaan omboh dan dinding silinder.
  5. Pada masa yang sama, minyak itu akan melalui alur minyak ke bahagian kepala silinder dan seterusnya melalui alur dan dibawa kepada aci sesondol dan injap-injap yang bergerak.
  6. Minyak akan mengalir ke semua takungan.
CIRI-CIRI MINYAK PELINCIR

  1. Kelikatan - ukuran rintangan terhadap pengaliran cecair iaitu minyak pelincir. Kadar kelikatan mestilah sesuai dengan jenis enjin. Jika kelikatan terlalu rendah, minyak mudah mengalir dan tidak akan lekat pada komponen enjin. Sekiranya terlalu tinggi, pengalirannya akan menjadi terlalu perlahan.
  2. Nombor kelikatan (pelincir berkelikatan tunggal) - mewakili gred kelikatan sesuatu minyak pelincir. Contohnya :- SAE 20, SAE 30, SAE 40, SAE 50. Gred nombor yang lebih besar menunjukkan tahap kelikatan minyak pelincir yang lebih tinggi. (SAE = Society of Automotive Engineering)
  3. Pelincir berkelikatan berbilang (multigrade) - Minyak pelincir multigrade adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya :- SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50. Konsonan W bermaksud 'Winter' atau 'Wet' iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk.
JENIS MINYAK PELINCIR
1. Fully Sintetic  
  • jenis minyak paling nipis
  • tahan sehingga 10,000 km
  • antara kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50, atau 10W/40
  • lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden kerana kadar kelikatannya rendah.
2. Semy Sintetic
  • tahan sehingga 7000 km
  • menggunakan kod dari 10W hingga 15W (contoh : 15W-30)
3. Jenis Mineral
  • paling murah
  • tahan sehingga 5000 km
 Video menunjukkan proses yang berlaku dalam enjin.


Share/Save/Bookmark 3.

0 ulasan: