Pengenalan Kepada Sistem Nyalaan Enjin

Sabtu, 31 Julai 2010

Fungsi sistem penyalaan ialah untuk menghasilkan percikan bunga api untuk pembakaran bahan api petrol. Tenaga daripada pembakaran minyak petrol akan seterusnya menggerakkan omboh dan menghasilkan kuasa bagi enjin. Sistem penyalaan hanya terdapat pada enjin petrol sahaja kerana pada enjin diesel, minyak diesel dibakar dengan menggunakan mampatan udara bertekanan tinggi yang turut menaikkan suhu sehingga minyak diesel terbakar. Komponen-komponen yang terdapat dalam sistem penyalaan ialah :-




Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..

KESELAMATAN SEMASA DALAM BENGKEL

Khamis, 29 Julai 2010

Sebelum memasuki bengkel, kita perlu mengetahui tentang keselamtan di dalam bengkel tersebut. Di peringkat awal, tenaga pengajar akan menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar. Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa ke semasa. Ini kerana, kita akan memulakan kerja dengan alatan mekanikal yang berisiko tinggi dan boleh mendatangkan bahaya. Sewaktu kita bekerja, kita perlu berwaspada dengan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Peralatan yang telah digunakan haruslah disimpan kembali ke tempat asal bagi memudahkan pelajar lain mencari dan menggunakannya.

 





Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..

SISTEM ENJIN EMPAT LEJANG

Selasa, 27 Julai 2010


Hari ini, jenis enjin pembakaran dalaman yang paling lazim digunakan pada kenderaan seperti kereta, bas, lori dan mosikal adalah jenis enjin empat lejang samada enjin petrol ataupun diesel. Enjin empat lejang mendapat namanya daripada empat proses(lejang) yang masing-masing mempunyai tugas khas iaitu masukan, mampatan, perolehan kuasa dan ekzos.


Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..