Pengenalan Kepada Sistem Nyalaan Enjin

Sabtu, 31 Julai 2010

Fungsi sistem penyalaan ialah untuk menghasilkan percikan bunga api untuk pembakaran bahan api petrol. Tenaga daripada pembakaran minyak petrol akan seterusnya menggerakkan omboh dan menghasilkan kuasa bagi enjin. Sistem penyalaan hanya terdapat pada enjin petrol sahaja kerana pada enjin diesel, minyak diesel dibakar dengan menggunakan mampatan udara bertekanan tinggi yang turut menaikkan suhu sehingga minyak diesel terbakar. Komponen-komponen yang terdapat dalam sistem penyalaan ialah :-



Bateri

~~Membekalkan arus tenaga eletrik kepada sistem nyalaan kenderaan.

Alternator

~~Berfungsi untuk mengecaj semula bateri dan membekalkan tenaga untuk sistem eletrikal kenderaan apabila enjin dihidupkan. Alternator automotif menggunakan satu set recifier
(diode bridge) untuk menukarkan ac ke dc. untuk mengawal voltan output yang dikeluarkan
auto voltage regulator digunakan.

Gelung penyalaan

~~Menaikkan nilai voltan yang dihasilkan oleh bateri bagi memastikan sistem nyalaan dapat berfungsi sepenuhnya.

Pengagih

~~Meningkatkan voltan
~~menentukan arah mana kuasa akan diberikan dari palam pencucuh untuk menentukan piston
~~Berpusing untuk mengagihkan kuasa kepada palam pencucuh tertentu (arah pusingan adalah 1-3-4-2)

Palam pencucuh

~~Berfungsi membakar campuran udara bahan api melalui bunga api eletrik.

Kabel palam pencucuh

~~Berfungsi untuk mengalirkan arus eletrik daripada pengagih ke palam pencucuh.

Kabel tegangan tinggi

~~Berfungsi untuk mengalirkan arus eletrik bervoltan tinggi kepada distributor

Kabel tegangan rendah

~~Berfungsi untuk mengalirkan arus eletrik bervoltan rendah



Share/Save/Bookmark 3.

0 ulasan: