PENGIKAT DAN PENCANTUM

Rabu, 4 Ogos 2010


JENIS DAN KEGUNAAN PENGIKAT DAN PENCANTUM

  • # Untuk menyambung dan memasang beberapa bahagian enjin
  • # Jika bahagian enjin rosak atau tidak berfungsi dengan baik, ia dapat ditanggalkan bagi tujuan menservis atau penggantian.
  • # Pengikat dan pencantum dibuat daripada keluli lembut.
 JENIS-JENIS PENGIKAT
  •  BOL-kepala segi empat, kepala segi enam (heksagon)
  • NAT-nat segi empat, nat heksagon, nat telinga, nat kota
  • SKRU TUDUNG-kepala bulat, kepala rata, kepala flister, kepala bujur, kepala heksagon
  • STAD
  • SESENDAL-rata dan anjal
KEGUNAAN PENGIKAT

1. BOL
  • -digunakan bersama nat untuk mengikat dan mengetatkan dua atau lebih komponen bahagian enjin.
  • -terdiri daripada pelbagai jenis (ditentukan oleh bentuk kepalanya)
  • -bol yang sering digunakan ialah bol kepala segi empat dan segi enam.
  • -saiz bol ditentukan oleh panjang dan diameter batang.

2.  NAT
    •  -nat mempunyai ulir dalam dan digunakan bersama bol atau stad
    • -saiz nat ditentukan oleh ukuran diameter lubang berulir.
    • -nat heksagon, nat kota, nat  telinga, nat segi empat








    KEGUNAAN NAT
    • -Nat segi empat digunakan dengan bol dalam kerja pemasangan umum.
    • -Nat heksagon digunakan dengan bol atau stad dalam kerja pemasangan umum.
    • -Nat telinga digunakan di tempat yang tidak memerlukan tekanan kuat tanpa menggunakan soket atau sepana.
    • -Nat kota digunakan bersama cemat belah untuk menahan nat terkeluar daripada bol.
    3.  SKRU
    • -Keseluruhan batang skru tudung berulir dan digunakan tanpa nat
    • -Saiz skru tudung ditentukan oleh panjang dan diameter batang.
    • -Diksrukan ke dalam lubang berulir pada bahagian enjin.
    • -Digunakan untuk mengikat dua komponen yang salah satunya mempunyai lubang berulir.
    • -Sepana atau soket digunakan untuk melonggarkan atau mengetatkannya.








    4.  STAD
    • -Pengikat tanpa kepala. Kedua-dua hujungnya berulir.
    • -Bahagian berulir kasar dipasang pada bongkah enjin sementara bahagian yang berulir halus dipasang bersama dengan nat.
    • -Saiz stad ditentukan oleh panjang batang dan diameter.
    • -Digunakan bersama nat untuk mengikat komponen.

    5.  SESENDAL
    • -Digunakan sebagai pengalas bol, nat dan skru.
    • -Fungsi :
    1. # mengelakkan pengikat menjadi longgar akibat gegaran.
    2. # mengelakkan permukaan bahan yang diketatkan menjadi rosak.
    3. # mengagihkan beban yang digunakan ke kawasan yang lebih luas.
    • -Diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti keluli lembut dan kuprum
    • -Jenis : rata dan anjal
    Rata
    Anjal
    PENCANTUM 
    Digunakan untuk mengunci bahagian yang berputar seperti aci engkol atau roda tenaga.
      JENIS PENCANTUM
      • KEKUNCI

      • Fungsi :- mengunci aci dengan roda tenaga yang berpusing bersama-sama.
      • Dua jenis kekunci :-
      1. -kekunci woodruff
      2. -kekunci persegi
      1.  KEKUNCI WOODRUFF
      • Dikenali sebagai kunci setengah bulatan. Bahagian bawah kekunci ini dimasukkan ke dalam alur kekunci pada aci dan bahagian atas ke dalam alur takal supaya ia tidak tertanggal.

      2.  KEKUNCI PERSEGI
      • Dikenali sebagai kekunci benam. Sebahagian kekunci ini dimasukkan ke dalam alur kekunci pada aci dan bahagian lain ke dalam alur takal yang dicantumkan.   



        Share/Save/Bookmark 3.

        0 ulasan: