SISTEM PENYEJUKAN ENJIN

Khamis, 5 Ogos 2010

Sistem penyejukan berfungsi untuk menyejukkan enjin agar dapat beroperasi pada suhu yang sesuai. Hal yang demikian kerana, enjin yang terlalu panas akan mengalami kerosakan manakala enjin terlalu sejuk pula tidak berupaya menghasilkan kuasa optimum.

Sistem penyejukan enjin terbahagi kepada dua, iaitu sistem penyejukan udara dan 
sistem penyejukan air.
Sistem Penyejukan Udara

 
Selalu digunakan pada enjin satu silinder sahaja, contohnya motosikal. Berfungsi dengan membebaskan haba melalui sirip penyejuk, sirip penyejuk menyerap haba pada enjin hasil daripada pembakaran bahan api dan membebaskannya ke udara. semakin lebar luas permukaan sirip, semakin cepat proses penyejukan berlaku.


Sirip penyejuk - Melepaskan haba ke atmosfera dengan permukaannya yang nipis dan luas. rekabentuknya yang berkeping-keping seakan mirip sirip ikan dan disusun secara teratur bagi memberi laluan kepada angin yang akan melintasi antara sirip tersebut. hal yang demikian, bertujuan mempermudahkan hada dari kepuk pembakaran tersebar ke bahagian sirip dan udara sejuk dapat melalui sirip tersebut untuk menyerap haba keluar ke udara. Semakin luas permukaan sirip, semakin baik fungsi penyejukan.




Roda Tenaga - Sistem penyejukan udara mempunyai kelemahan, iaitu ia tidak mampu memberikan pemindahan haba yang seragam pada keseluruhan bahagian enjin. oleh yang demikian, kipas digunakan untuk menolak aliran udara supaya melalui seluruh permukaan enjin. Tugas kipas ini dibantu lagi dengan perumah penghembus untuk mejadikan tugas kipas lebih efisien.



Sistem Penyejukan Air




Sistem ini juga dikenali sebagai sistem radiator, kebanyakan digunakan pada enjin yang mempunyai banyak silinder seperti kereta, lori dan sebagainya. Sistem ini berfungsi membebaskan haba melalui jaket air dan radiator. Ia menggunakan bahan penyejuk iaitu cmpuran air dn etilena glikol, cmpuran ini mempunyai ciri takat beku yang lebih rendah dan anti karat. Selain itu, cecair ini dikenakan sedikit tekanan bagi mengurangkan sejatan bahan penyejuk.



Jaket air - Ruang terbuka diantara bahagian luar dnding silinder dan bahagian blok sera kepala silinder, ruang kosong ini dipenuhi oeleh cecair penyejuk.




Pam air - Pam ini dipacu oleh tali sawat enjin dan berfungsi mengedarkan cecair penyejuk ke seluruh sistem penyejukan. Pam akan mengepam air dari tangki bawah radiator masuk kedalam jaket air yang mengelilingi bahagian enjin dan kemudian menyalurkannya kembali ke tangki atas radiator.


Kipas enjin - Menyalurkan udara sejuk melalui radiator untuk mempercepatkan proses penyejukan cecair penyejuk dalam radiator.


Radiator - Tempat pertukaran haba dimana bahan penyejuk yang panas melalui bahagian enjin akan disejukkan semula disini melalui bantuan aliran udara daripada kipas penyejuk. Binaan tangki atas dan tangki bawah dihubungkan melalui teras yang diperbuat daripada tiub logam yang nipis.


Tangki takungan - Tangki ini disambungkan dari tiub limpah di bahagian leher radiator untuk menyimpan bahan penyejuk yang melimpah kaluar dari radiator. Apabila enjin telah sejuk, bahan penyejuk akan mengecut dan disedut semula dari tangki takungan ke sistem penyejukan.




Termostat - Terletak dalam laluan alur keluar bahan penyejuk dari enjin, digunakan untuk menutup laluan bahan penyejuk ke radiator apabila enjin sejuk. Selepas enjin dipanaskan, termostat akan mengawal kuantiti pengaliran bahan penyejuk bergantung kepada tahap operasi dan suhu enjin. Komponen ini penting untuk mengawal keseimbangan suhu kendalian enjin.

Video dibawah menunjukkan proses yang berlaku dalam sistem penyejukan enjin dengan lebih tepat lagi.


Share/Save/Bookmark 3.

0 ulasan: