Jenis-Jenis Sambungan Kimpalan

Khamis, 10 Mac 2011

Terdapat pelbagai jenis sambungan kimpalan yang digunakan dalam industri kimpalan.


1-Jenis-jenis sambungan asas kimpal
Terdapat 5 jenis sambungan asas yang digunakan dalam kerja kimpalan mengikut piawaian American Welding Society (AWS).
1.      1)  Sambungan temu


2.    2)   Sambungan kambi tee





3.     3)  Sambungan lekap



4.     4)  Sambungan penjuru




5.      5) Sambungan tepi




2-Jenis-jenis kimpalan

1.       Kimpalan permukaan
Kimpalan jenis ini mengandungi 1 atau lebih rangkaian yang ditimbunkan pada permukaan logam. Kimpalan permukaan logam dibuat untuk memperolehi sifat atau ukuran yang dikehendaki.



2.       Kimpalan kambi
Bentuk kimpalan kambi adalah lebih kurang segitiga jika dilihat muka keratin lintangnya. Kimpalan ini menyambungkan dua permukaan logam pada sudut-sudut tepat antara satu sama lain pada sambungan Tee, sambungan penjuru atau sambungan lekap.



3.       Kimpalan lurah
Kimpalan lurah dibuat di dalam lurah di antara dua keeping logam yang hendakdisambungkan. Kimpalan jenis ini sesuai digunakan untuk mengimpal sambungan temu segi, temu V tunggal dan berganda (V, U, J dan V, U, J berganda).


4.       Kimpalan lubang alur dan kimpalan palam
Kimpalan ini digunakan bagi menyambungkan dua keeping logam yang berlapis. Proses kimpalan dilakukan melalui lubang bulat atau lubang alur. Biasanya kimpalan ini digunakan bagi menggantikan ribet, bolt dan nat.


3-Jenis sambungan kimpal

1.       Sambungan temu
Pada sambungan jenis ini, proses pengimpalan dilakukan diantara dua tepi permukaan logam yang hendak disambungkan. Sambungan temu segi atai serong boleh digunakan mengikut ketebalan logam. Tersebut beberapa jenis sambungan temu :
·         Sambungan segi tiga
·         Sambungan V tunggal
·         Sambungan temu V berganda
·         Sambungan temu U tunggal
·         Sambungan temu U berganda

2.       Sambungan kambi tee
Sambungan Tee di buat dengan menyambungkan bahagian tepi sesuatu kepingan pada permukaan lain pada kedudukan tegak (bersudut 90). Sambungan kambi logam Tee boleh dibuat untuk menyambungkan logam yang mempunyai sebarang ketebalan. Di bawah adalah jenis-jenis sambungan Kambi tee.
·         Sambungan kambi tee segi tunggal.
·         Sambungan kambi Tee serong.
·         Sambungan kambi Tee serong berganda.
·         Sambungan kambi Tee-J tunggal
·         Sambungan kambi Tee-J berganda.

3.       Sambungan lekap
Sambungan lekap dibuat dengan melapiskan kepingan logam. Sambungan ini merupakan salah satu jenis sambungan yang kukuh. Sambungan menjadi lebih berkesan  jika ukuran lebar lekapnya dibuat lebih daripada tiga kali ukuran tebal logam yang disambungkan. Dua jenis sambungan lekap ialah :

·         Sambungan lekap kambi tunggal


·         Sambungan lekap kambi berganda.


4.       Sambungan penjuru
Sambungan penjuru kerap digunakan di dalam kerja menyambungkan kepingan logam yang tidak menanggung beban lampau. Empat jenis sambungan penjuru adalah :

·         Sambungan penjuru rapat terbuka.
·         Sambungan penjuru separuh.
·         Sambungan penjuru terbuka
·         Sambungan tepi

Share/Save/Bookmark 3.

0 ulasan: