Komponen Elektrik

Jumaat, 10 Disember 2010

Terdapat pelbagai jenis komponen yang digunakan dalam bidang elektrik. Kompoen disambungkan dalam litar untuk pelbagai fungsi dalam peralatan elektronik seperti radio, televisyen, komputer dan sebagainya. Komponen merupakan teknologi yang berkembang pesat dan sangat berguna dalam kehidupan seharian

Terdapat 2 Jenis komponen, iaitu Komponen Aktif dan Komponen Pasif : 
1- Komponen Aktif 
  • Diperbuat daripada bahan semi konduktor yang terdiri daripada silikon dan germanium.
  • boleh membentuk, mangawal dam memproses isyarat elektrik
  • contoh transistor dan diod.
2- Komponen Pasif
  • Dibina daripada bahan penebat seperti mika, seramik, kertas atau elektrolit.
  • Sebagai peranti sokongan kepada kendalian komponen aktif.
  • Contoh perintang dan kapasitor.
 JENIS-JENIS KOMPONEN
  1. PERINTANG
  • Kadaran kuasa- Jumlah maksimum kuasa yang boleh dilesapkan oleh perintangtanpa merosakkannya dan berupaya untuk menyerap haba berlebihan ketika arus melaluinya.
  • Kegunaannya sebagai penghad arus dan pembahagi voltan.
  • terdapat dua jenis perintang, iaitu Perintang Tetap dan Peringtang Boleh Laras.
   

   2. Suis
  • Digunakan untuk menyambung dan memutuskan aliran arus elektrik dai dalm litar.
  • digunkan juga untuk memindah atau menukar voltan dan isyarat.
  • jenis suis :-
- Suis Togel
-Suis Gelangsar
-Suis Putar
-Suis Tekan
**Suis yang biasa digunakan dalam kerja elektronik ialah suis togel dan suis tekan.


3. Kapasitor
  • Digunakan untuk menyimpan dan membuang cas elektrik.
  • Keupayaan kapasitor menyimpan dan mengecas dinamakan kapasitans.
  • Unit kapasitans ialah Farad, F.
 4. Diod Pemancar (L.E.D)
  • Komponen yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya.
  • Ia dikenali sebagai L.E.D iaitu Light Emitting Diode.
  • Diperbuat daripada bahan semikonduktor.
  • mempunyai kaki : anod (+), katod (-).
  • Mesti disambung mengikut kutubnya yang betul kerana ia tidak akan menyala jika kutubnya tidak betul.
 5. Transistor
  • komponen yang diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti Si dan Ge.
  • Digunakan untuk meninggikan voltan, arus dan kuasa serta bertindak sebagai suis kawalan.
  • terdapat dua jenis iaitu NPN dan PNP

Share/Save/Bookmark 3.

0 ulasan: