PALAM PENCUCUH

Isnin, 23 Ogos 2010


Palam pencucuh sangat penting pada sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Palam pencucuh merupakan peralatan elektrik yang dipasang kepada silinder enjin petrol yang berfungsi membakar campuran udara dan bahan api melalui bunga api elektrik. Palam pencucuh di tebat disekeliling elektrod tengah serta di sambung ke sistem penyalaan enjin melalui wayar voltan tinggi berpenebat tebal.



Bahagian Palam Pencucuh




Terminal - Di sambungkan ke gelung pembakaran.
Sirip - Berfungsi sebagai penebat serta mengelak kebocoran elektrik.
Penebat - Diperbuat daripada seramik aluminium oksida, ia direka bagi menampung suhu   setinggi 550 C dan voltan setinggi 60 000 V.
Nat heksagon - Untuk mengikat dan mengetatkan palam pencucuh pada kepala silinder.
Bekas logam - Membuang haba daripada penebat serta berfungsi sebagai elektrod bumi.
Hujung penebat - bahagian hujung penebat yang mengelilingi elektrod tengah mempengaruhi prestasi palam pencucuh, terutamanya banjaran haba.
Elektrod tengah dan bumi - Menghasilkan bunga api.



Oleh kerana palam pencucuh sentiasa berfungsi semasa enjin dihidupkan, ia tidak lari daripada  kerosakan akibat daripada masalah- masalah enjin.


Jenis-jenis kerosakan palam pencucuh


Keadaan normal
Dipenuhi kerak karbon












Berminyak

Diselaputi abu











Elektrod haus

Share/Save/Bookmark 3.

0 ulasan: