SISTEM PENCERNAAN MONOGASTER

Ahad, 15 Ogos 2010

Pencernaan ialah proses di mana molekul besar dan kompleks di leraikan kepada molekul ringkas yang boleh digunakan oleh kehidupan sebagai makanan.

Nonruminan (monogaster) ialah haiwan yang mempunyai satu kompartmen dalam perut yang menelan makanannya setelah dikunyah dan tidak dikeluarkan semula. Sistem pencernaan haiwan nonruminan ini juga dikenali sebagai perut ringkas atau monogastrik.

Manusia, arnab, ayam dan kuda antara contoh mempunyai sistem perut ringkas, ataupun sistem pencernaan monogastrik. Pada kali ini kita akan mempelajari tentang sistem pencernaan bagi ayam.

TRAKUS PENCERNAAN MONOGASTRIK AVIAN
Sistem pencernaan avian

Fungsi bahagian utama sistem pencernaan ayam
  1. Tembolok - tempat makanan disimpan buat sementara waktu.
Perut avian

        2.  Proventrikulus - perut sebenar dan mengandungi kelenjar yang merembeskan  enzim pepsin dan asid hidroklorik untuk pencernaan protein.
          3.  Hempedal :-

sistem pencernaan avian
  • Bahagian berotot yang berfungsi sebagai gigi kerana mempunyai permukaan kasar.
  • Dapat mengisar bahan makanan kasar kepada butiran lebih halus.
  • Butiran batu atau pasir yang dijumpai di bahagian ini membantu dalam pengisaran makanan.
  • Tiada enzim yang dirembeskan oleh hempedal, tetapi enzim dari proventrikulus bertindak dalam bahagian ini.
     4. Sekum :-
  • Terdapat sepasang
  • Hujung setiap sekum bertutup dan mukaannya ke kolon dikawal oleh pencerut.
  • Berfungsi untuk menyerap air daripada bahan makanan.
  • Fermentasi bahan selulosa berlaku dalam sekum dan bahan yang dicernakan diserap untuk kegunaan ayam.
  • Bahan yang tidak boleh dicernakan disalurkan ke kolon.
     5. Kolo-rektum :-


  • Kolon dan rektum tidak dapat dibezakan dan struktur ini dipanggil kolo-rektum.
  • Bahagian ini pendek dan tidak banyak proses pencernaan atau penyerapan bahan makanan berlaku di sini.
  • Bahan yang tidak boleh dicernakan akan menjadi najis dan disingkirkan keluar melalui kloaka.
 Kesimpulannya haiwan yang mempunyai sistem onogastrik menelan makanan terus ke dalam perut satu kompartmen, dimana ia bergaul dengan jus pencernaan. Haiwan ini tidak boleh mencerna serat dalam kuantiti yang banyak melainkan mereka mempunyai sekum besar (kuda, arnab dan guinea pigs)

Share/Save/Bookmark 3.

0 ulasan: