Pengurusan Lembu Pedaging

Jumaat, 13 Ogos 2010


Di Malaysia, bekalan daging lembu masih belum mencapai keseluruhan permintaan tempatan. Oleh yang demikian, kerajan terpaksa mengimport dari negara luar.Kerajaan telah banyak memberi bantuan kepada rakyat terutamanya kepada kaum bumiputra untuk berkecimpung dalam bidang penternakan lembu pedaging, bagi memastikan ianya cukup dan kerajaan tidak perlu lagi untuk mengimport daging. 

Oleh itu, disini terdapat cara-cara untuk menguruskan lembu pedaging. Pengurusan lembu terbahagi kepada tiga, iaitu pengurusan lembu betina dan pengurusan lembu jantan sertanpengurusan anak lembu. Pembahagian ini bertujuan mempermudahkan penternak untuk menguruskan lembu pedaging untuk memastikan pengeluaran berterusan dan memberi keuntungan kepada penternak.


PENGURUSAN LEMBU BETINA
 Pengurusan Lembu betina bertujuan mendapatkan seekor anak daripada setiap induk setiap tahun, untuk memastikan pengeluaran sentiasa berlaku.Oleh itu, aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah :- 

  1. Pemakanan 
    • -Lembu betina perlu diasingkan mengikut kumpulan dan diberi aras makanan yang berbeza.
    • -Lembu dara pengganti - kekal subur, tidak terlalu gemuk sehingga menimbulkan masalah kesuburan
    • -Lembu betina bunting sulung - memerlukan protein lebih banyak untuk kandungan.
    • -Jenis makanan seperti hampas isirong kelapa sawit, mil kacang soya (sumber protein) manakala mil sagu jagung (sumber tenaga)
          2.  Pembiakan
    • -Lembu dara pengganti mencapai puberti (matang/estrus yang pertama) ketika usia 18-30 bulan, bergantung kepada baka/makanan dan berat badan
    • -Pembiakan boleh dijalankan sepanjang tahun atau mengikut musim. Namun lebih mudah jika mengikut musim.
    • -Musim pertama antara bulan april dan mei, manakala musim kedua antara bulan oktober dan november.
    • -Cara pembiakan ialah "bapak terus" dangan nisbah jantan dan betina adalah 1:20 hingga 1:30
    • -Kitaran estrus lembu betina berlaku setiap 18 hingga 24 hari. Estrus ialah tanda bahawa lembu betina itu bersedia untuk dikahwini
    • -Tempoh estrus selama 15 hingga 24 jam
           3. Penjagaan lembu bunting
    • -lembu yang bunting menunjukkan tanda- tandanya iaitu kemaluan membengkak, faraj pucat, bengkat dan lembut serta uterus membesar
    • -tempoh lembu bunting bergantung kepada faktor umur maternal, faktor genetik, faktor persekitaran dan faktor jantina anak yang dikandung
    • -Induk bunting hendaklah diasingkan dengan yang tidak bunting untuk pemberian makanan berprotein dan tenaga yang tinggi
    • -Penjagaan yang lebih diperlukan kepada lembu bunting sulung kerana masalah kesusahan beranak dan kematian anak biasa berlaku
    • -Lembu menunjukkan tanda hendak beranak 4 hingga 5 hari sebelum melahirkan. Tanda seperti pangkal ekor terangkat, pundi susu bengkak dan menurun serta kelihatan resan dan sering bersendirian.
          4. Masalah Sewaktu Kelahiran
    • -"Dystocia" - Menghadapi masalah ketika kelahiran, anak lembu susah keluar kebiasaannya anak jantan dan faktor genetik. Ibu lembu juga mempunyai pelvis yang kecil untuk anak lembu keluar, hal ini disebabkan ibu tersebut muda.
    • -"Retained placenta" - Plasenta yang masih di dalam perut induk hingga lebih 24 jam, perlu dikeluarkan secara manual
          5. Kawalan Penyakit
    • -Langkah pencegahan penyakit perlu diambil supaya induk dan pengganti dalam keadaan sihat
    • -serangan kutu dan cacing hendaklah dikawal dan dirawat dengan jadual rawatan yang baik
    • -rekod hendaklah disimpan supaya langkah pencegahan di masa hadapan boleh diambil

    PENGURUSAN LEMBU JANTAN
    1.  ~ Keupayaan lembu jantan untuk pensenyawaan pada lembu betina bergantung kepada faktor keupayaan mengawan, keinginan mengawan dan pengeluaran mani yang bermutu tinggi
    2. ~ Anak lembu jantan berusia 1 setengah tahun boleh dipilih untuk dijadikan baka berdasarkan ciri-ciri terbaik
    3. ~ Penilaian fizikal seperti kaki, lutut, kuku dan testis perlu sempurna supaya penjantan mampu mengawan dengan baik
    4. ~ Penilaian air mani perlu dilakukan 2 bulan sebelum musim pembiakan untuk menilai isipadu, warna, pergerakan sperma dan kepekatan air mani tersebut
    5. ~ 1 ekor lembu jantan boleh dikahwinkan untuk setiap 25-30 ekor indik betina

     PENGURUSAN ANAK LEMBU



       1.   Peringkat Kelahiran
      • -Selepas dilahirkan, lendir hidung dan mulutnya mestilah dijilat oleh ibunya untuk memudahkan pernafasan
      • -Tali pusat perlu diikat dan dipotong pada jarak 2-3 cm dari badan anak lembu dan sapukan 20% larutan iodin (untuk elakkan jangkitan kuman)
      • -Anak lembu yang baru lahir perlu mendapatkan susu kolostrum yang mengandungi antibodi.
            2. Peringkat Menyusu
      • -Anak lembu perlu dibuat tanda pengenalan secara tattooing (umur 2-3 tahun) dan tagging (umur 6 bulan)


      • -Penyimpanan rekod untuk pemilihan lembu dara pengganti dan penjantan
      • -Memotong tanduk untuk mengurangkan bahaya kepada lembu lain dan pekerja, tanduk dipotong ketika usia anak lembu 4-21 hari
      • -Penyapihan,apabila anak lembu telah mencapai umur 6 bulan, ia perlu disapih iaitu cerai susu dari ibunya untuk tidak menganggu tubuh induk untuk terus subur dan meningkatkan kadar kebuntingan

      • -Anak lembu perlu diberi pelalian untuk mencegah serangan penyakit. Diberi pada umur mencecah 3 bulan
      • -Anak jantan yang tidak dipilih menjadi baka akan dikasi untuk elakkan kacuk balik
      • -Anak betina yang sedang membesar diperharikan mendapat pemakanan yang baik dan tidak dikahwini sebelum mencapai umur kira-kira 2 tahun

      Share/Save/Bookmark 3.

      0 ulasan: