Sejak kebelakangan ini, terdapat kecenderungan dalam permintaan susu segar yang berkualiti di seluruh negara terutama di kawasan bandar. Walaupun ladang kerajaan dan penternak tempatan mengeluarkan kira-kira 25 juta liter susu setahun, namun 95% permintaan susu dan produk susu adalah melalui import.
Penternakan tenusu boleh dianggap perniagaan tanpa saingan dari sudut pengeluaran susu segar kerana tidak banyak penternak komersial yang besar di Malaysia. Maka, potensi pasaran tenusu adalah tinggi. Proses pengeluaran susu sangat penting kerana proses inilah yang akan pengeluaran hasil.
PENGELUARAN SUSU
- Cara-cara pemerahan
- Mesin pemerahan bergandingan (Abreast Parlour) digunakan
- Ibu-ibu lembu dihalau ke dalam petak menunggu
- Jika lembu tersebut kotor, ia hendaklah dimandi dan dibersihkan terlebih dahulu untuk memastikan susu tidak dicemari
- kemudian, ibu-ibu lembu tersebut dihalau masuk ke tempat pemerahan
- Jumlah pengeluaran susu bagi setiap ekor ibu lembu untuk mengetahui kadar pengeluarannya.
2. Pengawalan mutu dan kebersihan
- Bersihkan kelenjar susu lembu dengan air pancutan paip dan dikeringkan dengan tuala keras, kemudian alat pemerah (milk cluster) dipasangkan.
- Celup puting susu lembu tersebut dengan disinfektan yang sesuai setelah proses memerah selesai (larutan losyen CCT 5%)
- Setelah habis memerah, ibu lembu akan dihalau keluar melalui tempat pencelup kaki. Copper sulphate (CuSO4)
- Celup alat pemerah (milk cluster) ke dalam larutan disinfektan, gantung dan keringkannya
- Keseluruhan alat pemerah dibasuh dengan air panas (100 c) dan disinfektan Sodium Hypochlorite 10%.
3. Memproses susu
- Pemanasan (Preheat) - Susu yang telah dikumpul di dalam balang penyukat akan dialirkan ke kolam tangki pemanas. Susu tersebut dipanaskan sehingga 60 c untuk hentikan aktiviti enzim lipase.
- Homogenize - Susu dialirkan ke dalam mesin Homogenize untuk memecahkan globul temah kepada partikel yang lebih kecil dan sama saiz.
- Pasteurize - Selepas proses Homogenize, susu dialirkan ke dalam tangki Pasteurize, untuk membasmi kuman merbahaya dengan cara memanaskan susu antara 63 c - 66 c selama 30 minit.
- Menyejuk (Chilling) - dengan menggunakan pam pemindah, susu daripada tangki pasteurize dialirkan ke dalam tangki penyejuk dan disejukkan dengan suhu 4.4 c - 10 c. Kuman-kuman yang tidak boleh mati dalam suhu panas akan mati.
- Pembungkusan - Susu yang telah disejukkan dibungkus dalam beg plastik dengan sukatan 500cc dan disimpan di dalam peti sejuk dengan suhu antara 4.4 c - 10 c. Susu-susu ini boleh disimpan selama 3 hingga 5 hari jika di simpan dalam suhu tersebut.
3.
0 ulasan:
Catat Ulasan