Gentian Asli

Khamis, 12 Ogos 2010

Gentian asli merupakan gentian yang berasal dari tumbuhan, haiwan dan mineral. Gentian asli mempunyai 4 kategori, iaitu gentian tumbuhan, gentian mineral, dan gentian haiwan serta gentian getah.

GENTIAN TUMBUHAN
  1. Linen


  • Gentian paling kukuh dan paling halus
  • Selulosa pokok fleks adalah bahan asa untuk fabrik linen
  • ketinggian 1 m dan diameter 3mm
  • mengandungi gam dan lilin untuk mengekalkan bentuknya
  • digunakan untuk membuat pakaian dan kain kelengkapan rumahtangga
  • contoh fabrik seperti linen jarang,damask dan linen berat



    2. Gentian Kapas


  • dihasilkan daripada buah pokok kapas
  • Merupakan gentian tertua, mula digunakan orang Mesir pada awal tahun 2500sebelum masihi.
  • Sesuai digunakan untuk membuat pakaian dan kain kelengkapan rumah tangga
  • Contoh, drill, denim, tuala teri, belacu dan sebagainya
  3. Rami
  • Dari pokok rami yang banyak terdapat di China, Brazil, Colombia , Jepun dan India
  • Menyerupai gentian fleks
  • Dicampur dengan gentian lain seperti poliester untuk dijadikan pakaian. Contohnya, kemeja, jaket, skirt dan pakaian yang berkait.
 4. Jut dan Abaka
  • Negara pengeluar ialah India dan Pakistan
  • Menyerupai pokok fleks tetapi gentian lebih kasar, mudah hancur dan kurang kukuh berbanding dengan linen
  • Menghasilkan kain guni, tali dan alas bawah permaidani
  • Abaka sesuai dijadikan alas pinggan ,pakaian dan tali

GENTIAN HAIWAN
  1.  Sutera


  • Gentian yang teguh, lembut dan halus
  • mempunyai 3 jenis iaitu thrown silk, spun silk dan  noil silk
  • Dihasilkan dari lelehan atau air liur ulat sutera
  • Digunakan membuat tudung, tali leher, blaus, kemeja, langsir dan sarung kusyen
  • Contoh seperti satin, sifon, georget, syantung broked dan jacquard.
  2.  Benang Sayat


  • Sumber utama dari kambing biri-biri
  • Negara pengeluar adalah Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Uruguay dan Amerika syarikat
  • Gentian bulu biri-biri jenis Merino merupakan gentian yang paling baik kerana ia halus dan panjang
  • kualiti gentian bergantung kepada biri-biri, iklim dan kaedah penternakan
  • Yarn worsted merupakan gentian yang lebih halus, licin dan dipilin ketat
GENTIAN MINERAL


  • Gentian asbestos
  • Dilombong di Australia, Kanada dan Afrika selatan
  • Satu-satunya gentian kalis api, menyerupai kristal, halus, kukuh dan tahan panas (sehingga 500 c)
  • Dibuat pakaian bomba, langsir drep, selimut dan sarung tangan ketuhar


GENTIAN GETAH


  • Gentian elastomer
  • Daripada susu getah asli
  • Dibekukan dan diproses untuk dijadikan yarn dalam penghasilan pakaian dasar
  • Mempunyai sifat memeri dengan baik, sesuai untuk pakaian sukan, pakaian mandi, tali pinggang dan sarung tangan.



*Suzana Sidek UTM Skudai

Share/Save/Bookmark 3.

0 ulasan: