MESIN KIMPALAN MIG

Isnin, 9 Ogos 2010

 


MIG (Metal Innert Gas Welding) ataupun dikenali sebagai Kimpalan logam Gas Lengai, dalam proses ini elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam induk untuk membentuk kopak kimpal. Oleh yang demikian, eletrod mestilah dibekalkan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan elektrod yang berterusan, elektrod diperbuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan keluar dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melaui muncung kimpal seperti yang dilakukan dalam kimpalan TIG, proses ini boleh dilakukan secara automatik atau separauh automatik. walau bagaimanapun, alat kelengkapan MIG adalah lebih rumit kerana prosesnya memerlukan huluran slektrod yang berterusan dan seragam.
MIG digunakan dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran tinggi, contohnya dalam kilang pembuatan.


Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..

SISTEM MASUKAN DAN EKZOS (PEMERIKSAAN DAN PELARASAN INJAP)

Sabtu, 7 Ogos 2010



PENGENALAN INJAP

  1. Injap dalam enjin terbahagi kepada dua iaitu masukan dan injap keluaran.
  2. Injap masukan berperanan mengawal kemasukan campuran udara-bahan api ke dalam ruang pembakaran enjin.
  3. Injap keluaran pula berperanan mengawal keluaran sisa-sisa pembakaran (gas ekzos)
  4. Pergerakan kedua-dua jenis injap ini dikendalikan oleh rangkaian injap atau sistem injap yang dipandu oleh aci sesondol.



Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..

SISTEM PELINCIRAN DALAN ENJIN KENDERAAN

Jumaat, 6 Ogos 2010

SISTEM PELINCIRAN





FUNGSI :-

  1. Membekalkan minyak pelincir kepada semua bahagian yang bergerak dalam enjin.
  2. Bertujuan untuk mengurangkan geseran dan kehausan pada setiap komponen atau bahagian tersebut.
  3. Menghindarkan kepanasan akibat daripada pergeseran komponen-komponen yang bergerak dalam enjin.
  4. Minyak enjin (pelincir) memberi satu lapisan nipis untuk memisahkan bahagian-bahagian yang bergerak dalam enjin.



Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..

UNJURAN ORTOGRAFIK

Khamis, 5 Ogos 2010

Pandangan ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untak memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Tujuan unjuran lukisan ini untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi. Terdapat dua jenis lukisan ortografik, iaitu pandangan unjuran sudut pertama dan pandangan unjuran sudut ketiga.

Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu dari sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh mengambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar.



Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..

SISTEM PENYEJUKAN ENJIN

Sistem penyejukan berfungsi untuk menyejukkan enjin agar dapat beroperasi pada suhu yang sesuai. Hal yang demikian kerana, enjin yang terlalu panas akan mengalami kerosakan manakala enjin terlalu sejuk pula tidak berupaya menghasilkan kuasa optimum.

Sistem penyejukan enjin terbahagi kepada dua, iaitu sistem penyejukan udara dan 
sistem penyejukan air.
Sistem Penyejukan Udara

 
Selalu digunakan pada enjin satu silinder sahaja, contohnya motosikal. Berfungsi dengan membebaskan haba melalui sirip penyejuk, sirip penyejuk menyerap haba pada enjin hasil daripada pembakaran bahan api dan membebaskannya ke udara. semakin lebar luas permukaan sirip, semakin cepat proses penyejukan berlaku.


Share/Save/Bookmark 3.

Baca seterusnya..